BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Monday, July 9, 2012

Hakikat kebahagiaan

As salamualaikum  dan salam sejahtera
Alhamdulillah,hari ni Ecah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara yang segar, menatap suasana  Alam yang indah dan mendengar kicauan burung-burung di tepi tasik bekas lombong di sebelah rumah ecah ni. Syukur Ecah panjatkan kepada-Nya.

Tetiba hari ni nak tulis entry berkisar kebahagiaan. Yup! Bahagia. Siapa yang tidak mahu kan?
Setiap antara kita menginginkannya. Itulah anugerah yang sangat hebat dan tidak terhingga nikmatnya. Bila bahagia semuanye menjadi tenang.ape2 pon sebelum ecah bagi pendapat mengenai kebahagian,jom dengar lagu ni dulu..Untuk pengetahun rakan2 pembaca. Berdasarkan sebuah blog yang ecah baca,de menceritakan tentang lagu ni.Lagu ini pernah menjadi asbab hidayah kepada seorang hamba Allah. Dia masuk Islam kerana benarnya isi lagu ini padanya ada. MashaAllah =). Jadi hayati-lah lirik ini dengan hati yg terbuka dan minda yang berpaut padaNya. Supaya isinya memberi kesan dijiwa. inshaAllah.


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


Sebenarnya bahagia itu ada dalam setiap diri insan, dalam diri setiap antara kita. Kita tak dapat menentukan kebahagiaan seseorang. sebab masing2 ade kebahagian masing2.BTW, pe yang ecah nak cerita kat sini, hakikat kebahagiaan itu sendiri berasal dari cabang mana...Jom..

Baiklah,kebahagiaan itu melalui ketenangan.
bila kita tenang dalam jiwa,apa yang kita rasa?MashaAllah..bahagia kan? semua bagai menyebelahi kita.Semua ni anugerahNya kepada hamba. Ia pasti datang dan pergi dengan begitu sahaja. Bagai angin lalu menyapa pipi mulus kita.Tidak diduga kan?Namun,jika hati pilu,gundah gulana,penuh keperitan,kesakitan,kepedihan..Itupun anugerahNya buat hamba kan?Allah mahu lihat pergantungan kita dalam keadaan bahagia mahupun duka. Dan ketahuailah, pergantungan kita itulah yang mendatangkan erti hakikat kebahagiaan.kalau kita menganggap setiap apa yang berlaku adalah anugerahNya kepada kita. InsyaAllah, kita dapat menilai dan merasa kebahagiaan yang hadir dalam hidup kita.

Ade orang kata bahagia itu datangnya daripada keluarga. Harmoni, santun, rukun dan meriahnya sesebuah family itu membuatkan kita naik syok dan teringin sedemikian. Namun, bagaimana pula dengan sesebuah family yang porak peranda?gaduh itu, gaduh ini, ayah mak saling membenci dan berlaku pecah belah. Maka, hakikatnya adakah kebahagiaan itu pada keluarga?

Ade juga yang kata bahagia wujud bila memiliki rakan,sahabat,kawan, saing and so on.. segalanya terasa lengkap bila bersama mereka. Suka duka, frenz 4 ever gituh =b..Namun, bagaimana pula bila berkeadaan dengan mereka yang dipulau oleh rakan2, dicaci, dibuli,kawan makan kawan?Allah~
Adakah kawan,sahabat, rakan, saing..hakikat kebahgiaan?

So, cabang manakah kebahagian itu?

Agama yang bahagia..Bahagia itu ada pada agama.Dan agamalah yang membawa kita kepada kebahagiaan. Sebab ecah cakap macam 2, kerana sejauh mana agama diamalkan, sejauh itulah kebahagiaan yang kita perolehi.. tidak perlu terlalu gelojoh dan tamak tuk melaksanakan agama demi mengejar bahagia..cukuplah sekadar sedikit namun berterusan..mulalah dengan sedikit2 dahulu bagi yang ingin memulakan perubahan..dari sedikit yang istiqomah kemudian di up grade..kan itu lebih baik daripada terus melakukan banyak tapi hanya pada masa itu sahaja..


 Dari ‘Aisyah Radhiyallaahu ‘Anha, bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: Wahai sekalian manusia, lakukanlah dari amal-amal kamu sekadar mana yang kamu mampu (untuk melakukannya) kerana sesungguhnya Allah tidak berasa jemu (terhadap amalan kamu) sehinggalah kamu berasa jemu (melakukannya). Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.”
-Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim



Baiklah, jika keluarga punca bahagia. Maka bahagia itu pada keluarga yang mengamalkan agama.Bila si Suami pulang keje, si isteri mnyambut dengan senyuman mesra.
Di"offer"nya air segelas pengubat dahaga, dan diselesaikan segala urusannya hingga dia selesa. Begitu juga bila si abang atau kakak pulang dari asrama. Adik-adik akan menyambut kepulangan dengan gembira. Di salam tangan dikucup tangan tanda kasih dan sejahtera.  

Jika rakan,kawan,sahabat,saing.. punca bahagia, maka kebahagian itu wujud bila masing2 mengamalkan agama. Bila kawan dibebani masalah, kawan yang laen akan bantu bersama. Bila kawan gagal dalam peperiksaan, di bantu kuatkan hati nya dengan doa dan berita gembira. Bila dia mendapat pelbagai cabaran semasa praktikum,kita sama2 membantunya memberikan solution dan kata-kata semangat.Itu-lah hakikat bahagia.
Bayangkan-lah jika semua manusia didunia ini mengamalkan agama. Maka bahagia ada dimana2. Dan ia sentiasa dekat dengan diri kita. MashaAllah. =') Suatu hari nanti InshaAllah Moga Allah swt kurniakan hidayah serta petunjuk buat sahabat,kawan,rakan,saing2, ecah dan ummah seluruhnya. Amin ya Rab.




0 comments: