As salamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, setelah beberapa ketika blog ini menyepi..akhirnya ecah mendapat sedikit ruang untuk meneruskan cerita tuk entry kali ini. Cerita kali ni sedikit peribadi kepada ecah, hanya teman terdekat yang tahu mengenainya dan ianya amat bermakna selama ianya hadir dalam hidup ecah..
Cik Ted..yup sama nama ngan cik Ted ala2 drama Adam Hawa 2 kan..jangan cakap ecah meniru nama pulak u all..(caye la caye la caye la...)Ecah rasa nama ni familiar..ramai orang pkai nama tu..n mesti antara u all pon akan terfikir sama kan3..
Cik Ted merupakan seekor anak patung beruang yang sederhana besar(x la sebesar cik ted yang Ain Hawani punye..hehe) Teddy ni dihadiahkan oleh seorang teman kepada ecah hampir setahun yang lalu . Hadiah tu sebagai tanda ingatan atas perkenalan kami. Cik Ted adalah 1st teddy yang dimiliki oleh Ecah.
Namun kini, Cik Ted tu sudah xde di sisi ecah seperti masa2 yang lalu. Ianya kini tersimpan rapi di suatu tempat yang belum tentu bila akan dibuka, dilihat dan dipeluk cium seperti dulu..Semua itu sudah menjadi kenangan. Terpaksa Ecah simpan awak Cik Ted walaupon terlalu comel untuk Cik Ted berada di situ...
Hari ni, amat mengejutkan Ecah. Bungkusan putih dihulurkan oleh seorang student berbangsa India, Narend. Yup Narend, panggilan yang cukup simple untuk Ecah mengingati namanya. Ketika Ecah sibuk menyusun bahan untuk P&P pada hari ini, narend menghulurkan bungkusan putih kepada ecah. Ecah Kaget seketika..tertanya2 kenapa bungkusan itu dihulurkan kepadaku.Katanya hadiah itu untuk Ecah sempena perpisahan yang bakal tiba seminggu lagi..owhhh,sangat terharu!..walaupun setiap kali kelas, Narend selalu je kena marah ngan Ecah sebab lambat siapkan tugasan..Asyik borak je memanjang ngan rakan2 sebelahnya..tapi tak sangka pulak dapat hadiah kejutan plak dari budak ni..
Narend meminta Ecah buka terus bungkusan tu..Bila buka, Ya tuhan.. Teddy coklat..Cik Ted..perasaan Ecah masa tu bercampur baur..sedih+terharu+happy..tapi yang paling ketara, bila melihat teddy tu ecah terus teringatkan Cik Ted dulu..Hampir menitis air mata time ni namun ecah control..xkan nak nangis depan student..apalah nanti mereka fikir..coollll down ecahhh!
Cik Ted "junior" is the 2nd teddy..Tq Narend |
Apa2 pon, Teddy coklat ni ecah namakan Cik Ted "junior" sebab ianya adalah kecik n 2nd Teddy.. n yang dulu Cik Ted "senior" sebab ainya besar n 1st teddy milik ecah..Tq narend sebab hadiahkan teddy y comel nih kepada cikgu..teddy ni mampu mengingatkan kembali kenangan lama dan hari ni cikgu dapat melepaskan rindu pada Cik Ted "senior" yang kini tersimpan rapi dan terkubur di "dalam" sana..Selamat datang Cik Ted "junior" dalam hidup Ecah Shaimi...
Sekian,Wassalam...
P/S~kejutan pada tarikh yang cantik 10.10.12...
0 comments:
Post a Comment