BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, September 6, 2012

Trip ke Perlis Part 3~Gua Kelam

As salamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, masih berkesempatan  untuk menulis entry kali ini. Entry kali ini berkisah tentang trip kami ke Gua Kelam. Kami putuskan untuk ke Gua Kelam selepas sahaja shopping di Padang Besar...Lagipon orang kata, tidak sah kalau datang perlis tanpa berkunjung ke Gua Kelam...kannn!

Kami memulakan perjalanan ke Gua Kelam dalam pukul 1 tengah hari. Sepanjang jalan untuk sampai ke sana dikelilingi bukit-bukau dan pokok2 yang menghijau. Redup je tengok. Damai seketika saat ini.

Menuju ke Gua Kelam

Kereta dipandu oleh Ikin

tetiba pulak ecah & umie nampak kecik ..hahaha

Hijau..sayup mata memandang...

Ok..semakin nampak lokasinya..hehheh.Yaaa..dah nampak tuuuu..

Yeeeee..akhirnya..sudah sampai..

Mengambil kesempatan tuk bergambar kenangan

Kami..

Tapak rekreasi Gua Kelam..

Kami berjalan untuk ke tempat kaunter tiket masuk




Ok,tiket sudah dibeli..so,jom masuk!huhu

Bayaran masuk
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM 0.50


snap di pintu gua



Inilah Gua Kelam. Gua Kelam yang menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang tidak asing bagi pelancong dalam dan luar negara.
Gua Kelam diberi nama sempena kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dalam gua dan tempat kedua selepas Brazil. Ia terletak kira-kira 33km ke utara Kangar dan sangat popular kerana laluan guanya dan menjadi salah satu gua yang paling menarik di Malaysia.Ia berukuran 370 meter panjang dan berhampiran kira-kira 500 meter dari pekan kecil Kaki Bukit.




Untuk menikmati keindahan di dalam gua ini, kita akan berjalan menerusi gua ini menggunakan laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Sambil berjalan, kita akan mendengar bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah, bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.



berehat sekejap di bangku "jangan pandang belakang congkak"

macam best budak ni main sungai..

Berfikir sejenak"nak naik @ x..tinggi tu..law naik kene turun balik..penat3!"
 
Santai di tepi sungai 
jadilahhhhh  masuk air macam ni pon..~ x dapat mandi..keadaan tak mengizinkan untuk mandi.. 
Kami bukan membawa rombongan sekolah ok. budak2 ni kami jumpa masa lam gua ni.diorang ni dari kedah. So, kami ajak la budak2 cilik ni bergambar sama..comel je diorang ni..teringat pulak time ikut lawatan masa sekolah dulu2..huhu

Kepada sahabat2 yang belum berkunjung ke Gua Kelam ni. Silalah datang. tak rugi pun.Di samping jalan2, kita turut belajar tentang alam sekeliling kita dan melihat keindahan ciptaanNya. Sekian sahaja entry kali ini,bertemu dalam entry yang seterusnya..Sekian, Wassalam.

0 comments: