As salamualaikum dan salam sejahtera..
Selama 3hari berada di Perlis, akhirnya kami harus akur untuk meninggalkan negeri indah ini.Terasa sungguh berat hati ini. Manakan tidak, dengan layanan yang ramah dan mesra daripada keluarga umie terutamanya mak umie,membuatkan kami selesa di rumah ini. Hurmmm..lepas ni kami pasti teringat2 masakan mak especially sambal belacan 2..perghhh pedasnya bagaikan berapi telinga ni tp sedapppp!!!hehe
Selesai sahaja solat subuh,dalam pukul 6.30pagi, kami mengemas barang2 untuk dibawa pulang. Tujuan asalnya kami ingin singgah di rumah salah seorang kenalan ecah(yang dikenali Kak Lini) tapi hasrat itu terpaksa dibatalkan disebabkan ecah tidak mendapat maklum balas daripadanya(takpelah,mungkin tiada jodoh lagi antara kami untuk bertemu untuk kali ini.Suatu hari nanti pasti akan ketemu sis,InsyaAllah ..sentiasa mendoakannya..) Jadi, kami tetap ingin meneruskan perjalanan pulang dengan awal agar tidak lewat sampai di Slim River nanti.
Dalam pukul 8.30 Pagi, kami memulakan perjalanan kami. Sedikit sebak untuk meninggalkan keluarga ini.Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.Teringat pulak lirik lagu ni:
"Pertemuan kita di suatu hari,
menitipkan ukhwah yang sejati,
bersyukurku ke hadrat ilahi,
di atas jalinan yang suci.
Namun kini perpisahan yang terjadi,
dugaan yang menimpa diri,
bersabarlah di atas suratan,
ku tetap pergi jua."
Bertemu dan berpisah sudah menjadi adat manusia biasa.Hilang di mata tak bermakna hilang di hati kan?=)
Pic2 Insan di bawah ini pasti akan saya ingat,InsyaAllah.Semoga mereka dikurniakan kesihatan dan kekuatan oleh-Nya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Baby Auni |
Qayyum |
Atok |
Bergambar bersama Mak.. |
0 comments:
Post a Comment