BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Friday, February 22, 2013

Kata-kata Mereka

As salamualaikum dan Salam Sejahtera

Tersentuh juga hati kecik Ecah ni bila kebanyakan teman sekeliling berkata/bercerita/bergosip tentang cinta pasangan masing-masing. Tak lupa juga yang bertanya akan siapa,bagaimana, dimana dan apa-apalah tentang pasangan hati kecik Ecah ini juga.

Kadang-kadang pertanyaan itu Ecah perlu jawab,walaupon menjawab dengan jawapan yang klise.Namun, jawapan yang klise itu la yang sebenar-benarnya jawapan daripada Ecah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata-kata di atas ini sangat menyentuh hati Ecah untuk terus berbicara dalam entry kali ini.

Benar,kadang-kadang kita tidak peduli/tidak menjawab/memberi jawapan klise akan kata-kata/pertanyaan yang disuarakan oleh mereka,tetapi sejurus selepas itu pasti kita mengingat kembali kata-kata itu.Pasti ada seperti itu kan?Pasti bermain-main juga dalam fikiran,kan?

Namun,semua persoalan itu kita sendiri boleh tentukan sama ada ingin terus difikir atau dibiarkan saja bersama angin lalu.

Sebaik-baik manusia adalah yang pandai menjaga/mendidik jiwa dan mindanya.
Bagi Ecah, kalau sesuatu kata itu bagai menyesakan dada, mengapa ingin dibiarkan dalam kepala. Usah dilayan akan kata itu. Orang tak rasa apa yang kita rasa. Mungkin mereka mengatakan kita hipokrit juga bila bertindak sedemikian.Namun,kita lebih mengenali diri kita.Tiada guna bila kita pula yang bersikap hipokrit terhadap hati kita(kesian hati kecik tu) Dan biarkanlah dengan kata-kata mereka itu kerana Allah lebih mengerti jiwa-jiwa hamba-Nya.

Dan bahagia itu satu pilihan. Kita yang membuat pilihan itu sama ada ingin bahagia yang segera ataupun bahagia yang kekal ke syurga.
Bersabarlah, mungkin hari ini kita tidak ketemui bahagia seperti mereka,namun hari mendatang siapa yang tahu. Allah telah merencanakan sebaik-baik ketentuannya untuk kita. Yang pasti,kita berusaha untuk mencapai redha-Nya. In Sha Allah .Amin.

Sekian,wassalam.

P/s:Tiada apa yang nak diamanatkan,melainkan sama-sama kita muhasabahkan diri dan sentiasa berfikiran +ve.

0 comments: