BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Wednesday, February 27, 2013

Selepas 3 Jam..Baru dapat BB1M..hehe

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni ecah and sahabat ecah(Zira & Long) telah rancang untuk menghadirkan diri ke Dewan SITC,UPSI. Nak amik Baucar Buku 1 Malaysia(BB1M) la U ollz.
Fulamakkk..ramai betul student memenuhi ruang dewan.

Kaunter dibuka mula dalam puku 9 pagi hingga 5 petang. We all sampai sana pukul 12tghr..wehahaa..lewat tuuu..
Sebenarnya kitaorang dah plan dah..kalau pergi awal,pasti berpusu-pusu punya.So,sengaja kitaorang pergi lewat dan hampir-hampir waktu rehat diorang...keh3(bagus tak..keh3..ngokngek kan..haha)

Tapi bila kami sampai..hurmmm...meleset sudah sangkaan kami..

Dewan tu masih penuh dengan student yang ingin menuntut Baucar mereka.Hampir 8-10 barisan yang beratur...tu pon semuanya panjang-panjang belaka.
Kitaorang pon melilau-lilaukan mata untuk pastikan mana barisan yang bergerak dengan pantas(ecececeee...pantas la sangattt).So,kitaorang pon berbarislah mengikut barisan yang menjadi pilihan.

Beratur punya beratur,tunggu punya tunggu..dah hampir pukul 1pm..hurgghhh..
barisan semacam konsisten..berganjak ke depan dalam beberapa langkah sahaja.

wuiihhh..lama betul(masing-masing mengeluh).Kami pon amik keputusan untuk duduk bersila atas lantai.
Penat kot asyik berdiri.Kalau barisan bergerak pantas kira ok la kan..ini tak!

Sesetengah student amik keputusan untuk bersila santai...hahaha


We ollz pon sama,penat sudah asyik berdiri..bila barisan bergerak sikit, baru We ollz gerak..haaa


Long/Fit layan game..maybe!

Sambil tunggu,sambil tu la We ollz duk borak-borak,gosip-gosip..sampai hilang modal U..Sehinggalah jam menandakan sudah masuk waktu zohor..So,kaunter ditutup buat seketika bagi laluan staf yang menjaga kaunter untuk rehat and solat..Kemudian baru akan dibuka kembali kaunter tersebut.
Students mula bising,kelihatan macam tak puas hati(sememangnya pasti sedemikian,kami pon tak puas hati jugak tapi takde la nak bising-bising..sopan kan..hikhikhik)

Bagi Ecah,bila sudah berkeadaan demikian,sepatutnya staf perlu bergilir-gilir untuk meninggalkan kaunter.Tak sepatutnya mereka berhenti rehat secara serentak.Kesian kepada pelajar yang sudah lama beratur panjang untuk menuntut baucar buku tersebut. Pasti sebilangan mereka bergegas untuk ke kuliah masing-masing selepas itu. 

Yup,sememangnyasebilangan students mula meninggalkan dewan dengan muka yang jelas kecewa..Mungkin untuk pergi lunch,solat and maybe berkejaran untuk ke kuliah.

Memandangkan kami tiada kelas pada hari ini,kami stay jugak di tempat itu. Mungkin dalam 15-20 minit mereka(staf) rehat.Kalau kami keluar belum tentu kami akan dapat berada dalam barisan yang kami ada sekarang.So,berkorbanlah wahai perut untuk diisi buat seketika demi menerima baucar yang dijanjikan ..keh3

Hampir jam 2pm barulah kaunter dibuka semula..time ni ramailah students berpusu-pusu memnihi barisan dalam dewan.
Wajah-wajah penerima BB1M..time ni pukul 3pm..Ecah selesai menerima Baucar tersebut.

Zira/g-ra:mengisi nama and no i/c dalam Baucar

Wokeh,muka yang masam bertukar ceria selepas 3jam menunggu giliran untuk menerima BB1M.hehe

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia..Sepatutnya tahun lepas dapat kad ni..We ollz baru hari ini tuntut di pejabat Hal Ehwal Pelajar...lewat kan we ollz dapat..bukan nye ape lepas je praktikum bulan 10 tahun lepas kami bercuti selama 4 bulan sebelum naik ke semester akhir(sem 8).So,dalam tempoh bercuti,manalah kami nak datang UPSI semata-mata nak amik kad tersebut..memang tak la..haaaaa..tapi nasib baik boleh tuntut lagi kan..syukur3!!

okey...sekian saje celoteh ecah untuk entry kali ini.Terima kasih kepada U ollz yang sudi baca entry ecah ini. Kalau terover celoteh sila abaikan.jangan kutuk-kutuk..tak baek taw!heehee

Sekian,wassalam.

P/s:Sedang berfikir nak beli buku apa dengan BB1M ni..hurmmm ^^?

8 comments:

soziyana said...

alhamdulillah..
dapatla jugak

nini said...

lamanya...tapi tak pe...dapat jugak kan...=D

Luqman Zakaria said...

ramainye org..tapi legalah bile dh dpt kan..hehe

Unknown said...

Dayana: Alhamdulillah,dpt..hehe
Nini: tu la..lama tol..yup,alhamdulillah dpt jgk..huhu =D
Luqman:hehe..tu y sempat dicaptured..y tak de lam pic tak terkira lagi..ni baru hari kedua...ade lagi 2 hari,sebab penerimaan BB1M ni berlangsung 4 hari..ok dah,syukur sgt2 dh dapat..lega...hehe

Faeytynn Zayn said...

BB1M ke BR1M

Dayang Deno said...

rezeki... gunalah sebaik-bainya... :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

faeytynn:yang akak dpt BB1M

BB1M=Baucar Buku 1 Malaysia.. BR1M=Bantuan Rakyat 1Malysia..

Deno: Alhamdulillah deno,rezeki ini akan digunakan sebaik-baiknya.. =)