BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Thursday, February 21, 2013

Kenali untuk ketawa & mengalir air mata

As Salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setuju atau tidak dengan kata-kata di atas tu?
kalau tidak, Ecah nak piat-piat telinga sampai merah..nakkkkk?

hehe..nop nop nop laaa
Ecah tak sanggup nak piat telinga orang tanpa sebab.Paling kejam pun, Ecah buli geletek orang tu sampai mengekek-ngeke dia and ecah pulak penat...hehe..(kejam kan..bahaha)
 Lagi pon ,Ecah ni gadis kecik yang tersangatlah baik, manis, lemah lembut,sopan dan ayu.
amboiiiii..melampau-lampau masuk lif tekan gear 1 nih cik cah..bahahaha..

hokeh,abaikan tahap kemengarutan cik cah di atas..

Sebenarnya,mengenali seseorang itu sangat bermakna bagi ecah.Lebih-lebih lagi seseorang tu pandai ataupun bijak mencipta sesuatu hal yang membuatkan Ecah teringat-ingat akan kenangan bersama-sama dengannya.(Lagipon Ecah sdiri pon suka menyumbang/memberi/menghasilkan sesuatu agar orang ingat kita.)

Setiap yang dikenali ,Tak kira ianya mampu membuatkan ecah ketawa mahupun mengalir air mata,ecah tetap ingat.
(Seriously la,ade jugak yang sanggup buat ecah yang kecik molek ni menitis air mata..sampai nangis-nangis muntah macam budak tadika tak nak sekolah..heehee
tentang hal apa, tak perlu kita bicarakan di sini..huhu)

Apa pon,setiap kenangan bersama setiap antara mereka tu mematangkan Ecah. Semua tu telah mendidik Ecah untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni.Membezakan yang mana patut ikut,dan yang mana tidak.  Walaupun  pelbagai cabaran dalam mengenali manusia, setiap yang terjadi tu kita manfaatkan dengan baik. Tak semestinya yang dapat ketawakan kita itu bagus dan yang menangiskan kita itu buruk.Cuba kita fikir secara positif. Benda tak akan jadi melainkan dengan izin-Nya. Kalau kita menafikan sesuatu kejadian itu,bermakna kita jugaklah yang menolak takdir Allah,betul tak?



hurmmm..sama-samalah kita fikirkan..Badan  perlu digesa untuk beradu .so,Sekian saje untuk entry kali ni,wassalam.

P/S:Kalau seseorang tu mampu membuatkan kita tergelak sorang-sorang..gelak je la kan?,kalau menitis air mata ..titiskan je la tapi jangan terover pulok..tak pasal-pasal syaiton datang berdamping..heeee mohon dijauhkanlah.







2 comments:

Athirah Farah said...

betol tu... saya sokong statement anda.. tapi dengan tuh kita jugak menjadi lebih matang.! peace <3

Ratu Hatiku said...

Setuju sgt2...