BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~Followers~

Sunday, February 17, 2013

Semester 8 Sudah!

As salamulaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. Syukur,Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar dan bingkas dari tempat tidur dengan penuh keceriaan. Haruslah sebab dapat tidur yang lena sepanjang malam.hehe

Tapi hari ni buka mata,bukan lagi di bumi kelantan..kini sudah berada di bumi Tanjung Malim.
Sedari itulah mengingatkan ecah..
"KAU DAH SEMESTER 8,,,HOKEH!"

Yup, dah hampir ke garisan penamat pon..awal-awal dulu terasa lamanya nak habiskan masa pengajian..
4 tahun..4 tahun
(versi iklan 5 rukun Negara.ala ade yang adik kecik sebut 4 tahun.. 4 tahun..meahahhaa)

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur cik cah untuk meneruskan saki baki pengajian.
Terfikir jugak macam mana perjalanan yang hampir tamat ni akan berlangsung.
Namun, sia-sia je kan kalau kita fikir sebegitu.
Yang sepatutnya kita fikir apa yang kita nak buat dan patut buat sepanjang detik-detik yang berjalan ni..

Photo: Assalamualaikum & Selamat Pagi..

#AdminNurul#
~sama-sama kita muhasabah diri pagi ini~


Kita nak perjalan hidup kita berlangsung dengan baik kan..lebih baik dari yang semalam
Macamlah cik cah ni, nak sangat sepanjang semester 8 ni berjalan dengan baik sama ada berkaitan dengan kuliah, Projek Tahun Akhir(PTA), hubungan sosial,pengurusan peribadi dan sebagainyalah.. Mengharap semuanya berjalan dengan lancar...ye ye ye..cik cah nak macam tu.

So, apa lagi kitalah yang harus mulakannya dengan perancangan yang baik..ye idak?

I'm sure...yang kita juga tak lupa nak bawa bekalan  untuk ke sana(akhirat) jugak kan?
so,  kita seimbangkanlah..
Mudah-mudahan persiapan bekalan kita tu sedap-sedap belaka.Seperti mana bekalan yang kita sediakan untuk hari-hari di dunia kita sekarang ni..

Jom, kita sama-sama take note and check list apa yang patut kita buat untuk hari ini dan hari mendatang..


In sha Allah..pasti Allah permudahkan niat baik kita untuk berusaha ke arah yang lebih baik kan..

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini.Berkatilah kerja-kerja kami.
Lapangkanlah jalan-jalan kami untuk menuju Redha-Mu..Amin."

Sekian,wassalam.

P/s:Siap sedia untuk menempuh semester 8..weeeeee(^^,)


2 comments:

jaakechik said...

gud luck untuk semester ini ya.... :)

Ecah Shaimi said...

JaaKechik:
tQ jaa.. :)